Kerjaya dan kehidupan seterusnya Hamka

Muhammadiah

Selepas perkahwinannya dengan Siti Rahm,[19] cawangan Hamka Muhammadiyah aktif dalam pengurusan Minangkabau, yang permulaannya bermula daripada persatuan Sendi bakalnya Safe diasaskan oleh bapanya pada tahun 1925 di Sungai Batang.[29] Di samping itu, beliau telah menjadi ketua Sekolah Tablighi, sebuah sekolah agama yang diasaskan Muhammadiyah pada 1 Januari 1930.[30][31]

Sejak menghadiri Muktamar Muhammadiyah di Solo pada tahun 1928, Hamka tidak pernah ketinggalan menghadiri kongres-kongres Muhammadiyah seterusnya. Sekembalinya dari Solo, beliau mula memangku beberapa jawatan, sehingga akhirnya ia diangkat sebagai Ketua Muhammadiyah cabang Padang Panjang. Dalam Muktamar Muhammadiyah ke-19 tahun 1930 di Bukittinggi, Hamka berpidato mengupas hubungan adat Minangkabau dan agama Islam. Pada kongres berikutnya di Yogyakarta, Hamka mengemukakan perkembangan Muhammadiyah di Sumatera. Pimpinan Pusat Muhammadiyah mengutusnya untuk membuka cawangan Muhammadiyah di Bengkalis. [32] Pada tahun 1932, ia diutus oleh Muhammadiyah ke Makassar dalam rangka mempersiapkan dan menggerakkan semangat rakyat untuk menyambut Muktamar Muhammadiyah ke-21 di Makassar. [33] Selama di Makassar, beliau sempat menerbitkan Al-Mahdi, majalah pengetahuan Islam yang diterbitkan sekali sebulan.[17] Pada tahun 1934, setahun selepas menghadiri Kongres Muhammadiyah di Semarang, ia diangkat menjadi anggota tetap Majlis Konsul Muhammadiyah untuk wilayah Sumatera Tengah.[31][34]

Kerjayanya di Muhammadiyah kian melonjak sewaktu berpindah ke Medan. Pada tahun 1942, bersamaan dengan kejatuhan Hindia Belanda ke dalam tampuk kuasa penjajah Jepun, Hamka terpilih menjadi pimpinan Muhammadiyah untuk wilayah Sumatera Timur menggantikan H. Mohammad Said.[35] Namun pada Disember 1945, beliau memutuskan kembali ke Minangkabau dan melepaskan jawatan tersebut. Pada tahun berikutnya, ia terpilih menjadi Ketua Majelis Pimpinan Muhammadiyah Sumatera Barat menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto. [36] Jawatan yang dipegang olehnya sehingga 1949.[37]

Pada tahun 1953, beliau terpilih sebagai pimpinan pusat Muhammadyiah dalam Muktamar Muhammadiyah ke-32 di Purwokerto. Sejak daripada itu, beliau sering dipilih dalam Muktamar Muhammadiyah selanjutnya, sehingga pada tahun 1971 ia memohon agar tidak dipilih kembali kerana keadaanya uzur.[38] Akan tetapi, ia tetap diangkat sebagai penasihat pimpinan pusat Muhammadiyah sehingga akhir hayatnya.[39]

Rujukan

WikiPedia: Hamka http://books.google.com/?id=Bq8caP8yvqwC http://oase.kompas.com/read/2012/03/20/21431130/Pa... http://www.masyuk.com/HidayaH/jinzora/index.php?pt... http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/2008/0... http://www.tokohindonesia.com/ensiklopedi/h/hamka/... http://www.uhamka.ac.id/?page=info_list&id=206 http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/hikm... http://al-ahkam.com.my/hamka/showarticle.php?artic... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p068254555 http://isni.org/isni/000000008351770X